Cara Terbaik Menguruskan Kewangan Perniagaan Baru Bermula

Ia adalah sangat mudah iaitu jangan bazirkan wang anda. Berikut adalah 10 cara usahawan menghabiskan wang yang mereka perolehi dengan susah payah.

1. Logo yang ditempah khas, “letter head” atau apa saja ikon untuk menunjukkan kejayaan anda. Ia akan membuatkan anda kelihatan seperti seorang yang berjaya, tetapi ia tidak akan membawa keuntungan kepada anda. Cara terbaik adalah mereka sendiri template syarikat anda. Template ini biasanya ada dalam software seperti Microsoft Office. Ada banyak pilihan untuk kad perniagaan, “letter head”, invois dan sampul surat.

2. Pejabat Formal. Mungkin bilik makan bukanlah ofis yang ideal, tetapi bekerja disini pasti akan membuahkan sesuatu. Jika anda tidak memerlukan pejabat yang formal, jangan bayar untuknya. Boleh bermula dengan menggunakan SOHO, konsep ruangan rumah yang dijadikan tempat khas untuk perniagaan.

3. Kereta Syarikat. Kereta mewah keluaran terbaru tidak akan membuatkan anda menjadi lebih kaya, ia mempapakan. Jika anda ada sebuah kereta lain yang masih boleh diharap, kekal dengannya. Dan jangan lupa membuat log perjalanan supaya anda tahu perbelanjaan untuk sebarang trip perniagaan.

4. Laman web, papan tanda iklan dan sebagainya. Pada permulaan perniagaan, bersyukur dengan apa yang ada.

5. Khidmat perunding. Maaflah, kebanyakan perunding hanya akan meminjam jam anda untuk memberitahu sesi professional mereka telah tamat dan kita kena bayar kepada mereka atas perkihdmatan mereka. 

6. Terpengaruh dengan pakej pengiklanan yang ditawarkan oleh agensi iklan. Pada peringkat ini, anda masih belum mampu untuk menjadi sumber pendapatan kepada orang lain. Jika anda dihampiri dengan “idea-idea” daripada syarikat pengiklanan tentang betapa hebatnya idea mereka. Beritahu mereka supaya menghubungi anda jika mereka berjaya membuktikannya  dengan syarikat lain.

7. Memulakan perniagaan hanya kerana rakan-rakan anda sukakan idea tersebut. Menyukai satu idea adalah satu faktor. Sanggup menggunakan wang untuk merealisasikan idea tersebut adalah satu faktor yang lain.  Wang modal yang digunakan jika sudah habis sukar untuk dapatkan kembali.

8. Membuat strategi pemasaran berdasarkan apa yang dirasakan terbaik, bagi anda. Kemungkinan besar bakal pelanggan anda tidak berfikiran seperti anda. Oleh itu, rancanglah dengan teliti dan menyeluruh beberapa perkara seperti, apa yang mereka baca? apa yang mereka makan? apa yang mereka tonton di TV?  Bina mesej anda berdasarkan apa yang menarik perhatian mereka, bukan anda.

9. Memandang rendah pesaing. atau lebih teruk, anda memikirkan yang anda langsung tiada pesaing. Sebarang pelan perniagaan yang menyatakan bahawa ianya tiada pesaing pastinya tidak faham tentang pesaing secara langsung atau tidak langsung. Jika anda tidak faham tentang perkara tersebut, pastinya anda tidak memahami tentang pasaran anda. Jika begitu, maka semakin sukarlah untuk anda mencari keuntungan.

10. Fikiran anda tertumpu pada produk atau servis yang anda jual sahaja. Ini ialah fakta yang anda seharusnya tahu: strategi pemasaran yang hebat akan mengalahkan produk atau servis yang hebat setiap kali. Anda boleh bercerita tentang hebatnya produk atau servis perniagaan anda. Strategi pemasaran menentukan siapa yang akan membeli produk dan bagaimana untuk mempergaruhi mereka. Produk atau servis tidak akan terjual tanpa promosi.

Untuk menguruskan perniagaan pada peringkat awal, anda seharusnya lebih berhati-hati dengan penggunaan wang syarikat. Habiskan wang anda pada perkara yang akan membuat anda berjaya, bukannya pada perkara yang membuatkan anda kelihatan berjaya. Itu adalah dua perkara berlainan. Fokus pada apa yang pelanggan perlukan, bukannya anda. Jadi sebelum anda menandatangani cek atau kontrak tersebut, atau swipe kad kredit anda, tanya pada diri sendiri, “ Adakah ini akan memberi keuntungan kepada perniagaan saya?”

Jika jawapannya adalah tidak, maka anda tahu apa yang perlu dilakukan.

Talian hayat untuk IT Anda

Banyak pemimpin bisnes tahu bahawa pemilihan pakar teknologi yang tepat dapat membantu memajukan perniagaan. Tetapi realitinya bagi kebanyakan syarikat yang kecil ialah kos untuk mengupah pakar IT bukanlah satu amaun yang kecil. Kebiasaannya syarikat – syarikat seperti ini mengupah seorang juruteknik komputer yang menguruskan sebarang masalah berkenaan IT dan mengusulkan pembelian.

Oleh sebab ini, adalah disarankan supaya syarikat seperti ini bergantung kepada syarikat komputer and pembekal servis untuk melakukan sebarang kerja berkaitan IT. Mereka dapat membantu syarikat –syarikat kecil untuk memilih teknologi yang sesuai untuk kerja – kerja yang perlu dilakukan serta turut membantu dalam perkembangan dan secara keseluruhannya menjaga sistem syarikat tersebut. Tetapi memilih syarikat komputer and pembekal servis yang salah mampu merosakkan usaha anda, oleh itu amatlah penting supaya mana mana syarikat kecil untuk mengenalpasti syarikat pembekal servis yang sesuai sebelum mengupahnya.

Ada banyak perkara yang perlu diambilkira sebelum melantik pembekal servis seperti berapakah masa yang perlu diambil untuk menyelesaikan sebarang isu berbangkit. Syarikat yang enggan memberitahu anda perkara –perkara seperti itu dengan terperinci ataupun tidak memberikan senarai pelanggannya kepada anda adalah antara kriteria yang perlu dihindari ketika memilih pembekal servis.

Berikut adalah perkara yang perlu dititik beratkan dalam memilih pembekal servis teknologi. Buat kajian – anda tidak akan memilih sebarang nama pada iklan tiang lampu bukan? Jangan buat perkara yang sama kepada bilik server anda. Pilih sekurang-kurangnya empat pilihan sebelum memilih yang terbaik. Pilih syarikat kecil yang mempunyai kepakaran yang khas – Sesetengah syarikat komputer mempunyai kepakaran mengendalikan syarikat yang kecil dan tahu tentang cabaran yang unik tentang pengendalian sistem IT syarikat yang kecil. Tanya tentang saiz syarikat pelanggan mereka. Jika syarikat anda misalnya bergiat dalam bidang kesihatan, seperti klinik. Pastikan bahawa syarikat yang anda upah ada pengalaman dengan bidang kesihatan juga.

Tahu siapa pelanggannya – jika sebuah syarikat pembekal teknologi mewakili vendor teknologi yang sedikit, ada kemungkinan ia akan meletakkan teknologi yang salah. Jika terlalu banyak pula, ia mungkin kurang berpengetahuan tentang peralatan yang ia jual. Periksa rujukan – Bekas pelanggan, jika anda mahu tahu tentang tahap kepuasan pelanggan, periksa sendiri dengan bekas pelanggan syarikat tersebut.

Memahami Rantaian Jangkitan

Jenayah cyber hanya mempunyai satu fakor yang utama: wang. Penggodam telah mewujudkan beribu cara untuk membuat wang daripada skim-skim yang menipu pengguna. “risiko terbesar pada masa sekarang adalah banyak skim –skim penipuan akaun bank yang mensasarkan kepada syarikat – syarikat kecil dan sederhana”, kata Rich

Mogull, penganalisa keselamatan untuk firma Securosis daripada Chicago. “Ada banyak kes yang melibatkan penggodaman data peribadi terutama sekali akaun bank dan password. Banyak malware juga berfungsi mengutip maklumat perbankan daripada komputer peribadi mangsa.

“Banyak penjenayah siber sedar bahawa cara ini ialah cara yang paling baik untuk membuat wang, kadangkala
tidak perlu ada kemahiran pun kerana mereka membeli tool kits yang banyak membantu walaupun tiada skil dalam penggodaman”

Malware kini amat senang untuk digunakan sehingga apa yang diperlukan hanyalah niat jahat dan tahu bagaimana
untuk menjangkiti komputer. Ia boleh dilakukan hanya dengan e-mail sebagai attachment, letak pada jaringan peer–to–peer dan buat ia kelihatan seperti lagu terbaru Taylor Swift. Cara yang lain adalah dengan memecah masuk ke dalam laman web dan letakkannya dalam bentuk kod, dan apabila seseorang klik padanya, secara automatik, malware akan didownload pada komputer mereka.

Apabila malware mula berakar pada komputer, penggodam mengawal komputer, apa yang perlu dilakukan hanyalah menunggu sebarang transaksi perbankan dan menangkap maklumat log in. Penggodam akan menggunakan maklumat ini untuk memusnahkan akaun.

Komputer yang dijangkit juga akan digunakan untuk tenaganya. Ia biasanya akan disambungkan kepada jaringan besar yang dikawal dari jauh, atau botnet, yang digunakan untuk menghantar email yang berjangkit.

Masalah terbesar bagi perniagaan kecil jika diserang oleh penggodam adalah pihak bank tidak melindungi mereka seperti pelanggan yang lain. Jika anda adalah pengguna dari rumah dan anda kehilangan maklumat perbankan anda, pihak bank akan membayar saguhati. Tetapi untuk perniagaan kecil, bank tidak akan berbuat apa-apa. Jika anda kehilangan keseluruhan wang anda di dalam bank, seakan perniagaan anda telahpun musnah.

8 Cara Mudah Membina Link Untuk Mempromosikan Site Anda

Internet pada masa sekarang mempunyai bertrillion link. Siapa yang mempunyai link kepada site anda dan bagaimana ia mempunyai link adalag faktor utama kepada ranking anda di salah laman carian sekaligus trafik laman web anda. Jika anda tidak pasti di mana mahu bermula dengan membina link dengan laman web yang lain, berikut adalah 8 cara mudah untuk bermula:

1. Cari Direktori. Cari niche dan direktori tempatan dan letak link anda padanya. Sila Google dan cari (direktori niche),(direktori tempatan) dan (direktori negeri) anda. Jangan lupa melihat sekali siapa pesaing anda yang melakukan perkara yang sama.

2. Dapatkan pandangan (review). Pandangan daripada laman web niche anda mempunyai dua fungsi. Link ini akan membantu ranking DAN anda juga dapat menjual produk. Mulakan dengan melihat pesaing anda dan letak niche anda.

3. Pesaingan dalam pemburuan. Ada beberapa alat yang boleh anda gunakan untuk memeriksa apakah link-link yang pesaing anda telah dapat. Jika misalnya link syarikat mereka ada pada ejen hartanah atau peguam di tempat anda, lakukan perkara yang sama.

4. Minta untuk balas budi. Bantu mereka sebelum minta mereka membantu anda. Tambah blog pada site anda dan tulis tentang orang-orang yang anda ingin minta dibantu. Tambah maklumat yang perlu. Jika anda pandai dalam skil memujuk, pasti mereka akan membantu anda.

5. Bina atas sesuatu yang sudah berkesan. Jika anda telah menambah analisis pada pada laman web anda, anda boleh lihat sendiri trafik. Lawati laman –laman yang memberikan anda trafik dan kenalpasti mengapa mereka link kepada anda.

6. Tanya.. dengan strategi. Kenalpasti siapa vendor, persatuan, pelanggan atau organisasi yang terhutang budi dengan anda. Jika anda berkerja dengan mereka dan mereka ada laman web, mereka ada potensi untuk menjadi link. Jika mereka ada page di mana site anda boleh dipromosi, minta dengan baik daripada mereka supaya link site anda boleh dipamerkan disitu.

7. Wartawan. Ada sesetengah wartawan perlukan maklumat, jawab soalan yang mereka perlukan dan minta mereka menulis tentang anda dan bisnes anda dan link kepada anda. Publisiti percuma.

8. Dapatkan kredit bila perlu. Pernahkah perniagaan anda disebut di mana-mana laman web tanpa link? Jika anda, minta mereka link kepada perniagaan anda.

10 Cara Terbaik Menggunakan Pininterest Untuk Perniagaan Anda

1. Tetapkan Strategi.

Apakah objektif anda sebelum bermula. Adakah anda mahu; menarik trafik ke laman web anda? sedarkan pengguna tentang jenama anda? meningkatkan jualan? meningkatkan kesetiaan pengguna sedia ada? Pilih imej dan tawaran anda dengan teliti.

2. Jaga Peratusan Anda

Bina sebuah papan yang menarik perhatian dengan menjadikan 40 peratus daripada pin anda memberi motivasi dan inspirasi, 40 peratus memberi pengajaran dan pendidikan dan hanya 20 peratus menceritakan tentang jenama- profil dan tawaran.

3. Mudah pin

Install butang “pin it” pada laman web anda dan pastikan semua pos dan blog mempunyai “featured images” yang boleh dipin secara automatik. Sebagai tambahan, letak butang “follow me on pininterest” pada buat home laman web anda.

4. Promosikan pin yang lain

Bina jenama anda dengan melibatkan diri dengan komuniti melalui repining, komen dan like pin –pin yang lain. Anda juga bole tag pin yang anda ikuti di dalam pin anda.

5. Kukuhkan kepakaran anda

Bina pin-pin yang kaya dengan keywords untuk memperbaiki ranking Google anda. Gunakan hashtag (#) untuk membantu pelanggan mencari apa sahaja yang diperlukannya.

6. Promosi Bersilang

Hubungkan kepada media sosial yang yang lain seperti membuat tab pinInterest pada Facebook atau tweet pin anda pada twitter.

7. Letak pin anda pada tempat yang betul

Tempatkan pin-pin penting pada tengah barisan pertama atau kedua dlm board anda. Kajian membuktikan bahawa pin yang diletakkan pada bahagian tengah atau barisan pertama kebiasaannya mendapat view yang paling tinggi.

8. Semua orang suka barangan percuma

Tarik trafik kepada laman web anda dengan menawarkan e-book, podcast atau kertas putihpada pin. Menurut Pineley, taktik ini boleh meningkatkan trafik.

9. Multimedia

Perkayakan board anda dengan meletakkan bahan – bahan interaktif seperti video, screencast dan podcast. Pin multimedia yang berkesan adalah, tutorial, demo produk dan lain-lain.

10. Tahu kedudukan anda

Verify laman web anda di page setting untuk mendapat akses kepada Pinterest Web Analytic. Maklumat yang ada dapat membantu untuk melihat yang mana satu usaha anda yang membuahkan hasil.

Blogspot Apakah Yang Terbaik untuk Anda?

Membina sebuah blog bisnes mungkin bahagian paling mudah dalam strategi online anda, tetapi bagaimana dan di mana anda seharusnya hosting blog?

Dalam membina sebuah blog berasaskan perniagaan, soalan pertama kebiasaannya ialah yang paling sukar untuk dijawab; apakah strategi hosting domain yang terbaik?

Anda mempunyai 3 jenis hosting, dengan semua kelebihan dan kekurangannya.

Domain sendiri (contoh; nama-perniagaan-blog.com) Blog ini dikenali juga sebagai “top level domain”. Domain ini adalah berasingan daripada domain perniagaan anda. Kebiasaannya ia ialah perkara yang baik kerana;

• Blog ini meningkatkan jenama anda melalui domain yang berlainan.

• Setelah diindex, domain ini dapat menghasilkan nama pencarian unik untuk perniagaan anda.

• Dapat meningkatkan ranking laman web melalui link berkualiti yang menghubungkan laman web perniagaan dengan blog anda.

• Meletakkan nama lokasi perniagaan anda seperti www. Lokasi-perniagaan anda.com dapat merangsang pencarian tempatan.

Melakukan hosting blog pada domain yang berlainan kelihatan seperti cara yang paling ideal, tetapi ia juga ada kelemahannya. Penjagaan dua laman yang berbeza memerlukan lebih banyak masa dan tenaga, dan sebarang percanggahan data antara dua laman ini boleh menyebabkan kekeliruan. Selain daripada itu, blog juga perlu membina enjin laman pencariannya sendiri.

Subdomain (contoh; blog.namaperniagaan.com). Seperti domain sendiri, blog ini mempunyai entiti yang berlainan daripada laman web perniagaan. Ia memiliki semua kelebihan dan kekurangan domain sendiri melainkan satu kelebihan, anda boleh meletakkan beberapa blog dibawah satu hosting, seperti blog ceo ataupun blog perniagaan. Jadi anda boleh membuat kandungan yang unik di dalam satu bumbung. Subdirectory (contoh; namaperniagaan.com/blog). Kebanyakan perniagaan mengadakan hosting blog mereka didalam satu direktori pada domain laman web kerana tiga sebab.

• Mengakses laman web perniagaan melalui satu hosting sahaja dapat menjimatkan masa dan wang.

• Blog mendapat manafaat daripada ranking enjin pencarian domain utama dan membantu ia membaiki ranking.

• Subdirectories membenarkan anda menyusun kandungan blog anda kepada URL yang senang difahami dan diindeks.

Walaubagamanapun, meletakkan laman web dan blog pada hosting yang sama juga dapat menjejaskan anda. Ini kerana jika laman web anda kurang kredibiliti, ia dapat mempengaruhi trafik blog anda serta menurunkan ranking enjin pencarian anda – dan sebaliknya.

Berhati-hatilah mengenalpasti matlamat perniagaan anda dan sumber serta pertimbangkan pilihan dalam memilih URL. Membina blog kemudian, walaupun boleh, dapat menjejaskan ranking laman pencarian yang anda bina sekian lama.